Minggu Kecergasan
Aktiviti 'Morning Walk' ini telah diadakan bersempena minggu kecergasan. Aktiviti ini telah diadakan pada hari Jumaat 10 Julai 2009. Aktiviti telah dimulakan tepat jam 7.45 pagi dengan dimulakan oleh ucapan PK Ko-Kurikulum SKPB Tuan Hj. Azman. Tuan Hj. Azman telah memberi ucapan seterusnya memberi takllimat tentang
aktiviti Morning Walk yang bakal dijalankan. Laluan Morning Walk ini adalah sejauh 2.3 KM dan semua murid dan guru SKPB terlibat dalam aktiviti ini.
Seterusnya sebelum memulakan aktiviti Morning Walk, En. Zahran telah mengetuai semua murid dan guru dengan membuat aktiviti regangan badan. 10 orang murid tahun 5 dan 6 telah dipilih sebagai model dalam aktiviti regangan badan ini
Semua peserta telah dilepaskan tepat jam 8.05 pagi dan semua peserta mula berjalan dari pintu belakang
sebelah padang SKPB. Pelepasan dimulakan secara berperingkat dengan dimulakan oleh murid perempuan dari tahun satu hingga tahun 6 dan kemudian disusuli oleh murid lelaki tahun satu hinnga tahun 6 lima minit kemudiannya.
SAMBUTAN ISRA' MI'RA
Aktiviti sambutan penghayatan Isra' Mi'raj peringkat SKPB diadakan pada hari Jumaat 24 Julai 2009 bersamaan 2 Syaa'ban 1430H.
Sambutan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti Pertandingan Azan bagi murid tahap 1 dan tahap 2, Pertandingan Iqamah bagi murid perempuan, pertandingan bercerita dan ceramah Isra' Mi'raj yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Sambutan ini telah bermula tepat jam 3.30 petang di kantin.